Hasil Carian Hadis Terjemahan Melayu
HASIL CARIAN BAGI PERKATAAN/FRASA solat jemaah BERJAYA MENCAPAI 320 HADIS DARI KOLEKSI SAHIH BUKHARI SAHIH MUSLIM SUNAN AT-TERMIZI

101  
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0611.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya seorang lelaki buta datang kepada Rasulullah saw., lalu dia bertanya: "Ya, Rasulullah! Aku ini buta. Tidak ada orang yang akan menuntun ku pergi ke masjid (untuk solat berjemaah).Lalu dia minta agar Nabi saw. membolehkannya solat di rumahnya. Mula-mula Nabi saw. membolehkannya. Tetapi setelah orang itu pergi belum begitu jauh, dia dipanggil beliau kembali, seraya bertanya, "Adakah azan solat terdengar sampai ke rumah anda?" Jawab orang buta itu, "Terdengar, ya Rasulullah!" Sabda Nabi saw., "Kalau begitu, penuhilah panggilan azan itu!"

102  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0151.
Abu Hurairah r.a. menceritakan "Seorang Arab dusun berdiri lalu , kencing di masjid. kerana itu jemaah dalam masjid menengking orang itu. Kata Nabi kepada mereka, Biarkanlah dia! Dan siramlah kencingnya itu dengan setimba air. Kamu semua disuruh, untuk berlaku manis dan bijaksana, bukan berlaku kasar dan mengundang kesulitan."

103  
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0607.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda : "Solat berjemaah lebih utama daripada solat sendirian dua puluh lima darjat."

104  
Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0401.
Ibnu 'Abbas r.a. berkata tentang turunnya ayat: "Wa la tajhar bisolatika wa la tukhafit biha " (Isra : 110) ( dan janganlah kamu mengeraskan suara di dalam solat, dan jangan pula merendahkannya) katanya ayat itu turun ketika Rasulullah saw. berada di Mekah. Biasanya beliau membaca ayat Quran dalam solat berjemaah dengan para sahabat, ialah dengan mengeraskan suara. Kerana itu bila terdengar oleh kaum musyrikin, mereka mencemuh Al Quran, mencemuh Allah yang menurunkannya, dan mencemuh Rasulullah yang membawanya. Maka berfirman Allah Ta'ala kepada Nabi-Nya, "Wa La tajhar hi solatika " Janganlah kamu mengeraskan suara ketika membaca ayat dalam solat, sehingga terdengar oleh orang-orang musyrik itu, dan jangan pula terlalu direndahkan ketika membacanya di hadapan para sahabatmu sehingga tidak kedengaran oleh mereka, tetapi perdengarkanlah kepada mereka dengan suara sedang, sekadar terdengar oleh para sahabatmu itu.

105  
Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0596.
Dari 'Aisyah r.a. katanya: "Pada suatu malam Nabi saw. lambat keluar untuk solat Isyak, sehingga sebahagian malam telah berlalu dan jemaah masjid sudah tertidur. Sesudah itu barulah Nabi saw. keluar untuk solat. Beliau bersabda: "Kalaulah tidak akan memberati bagi umat ku, maka inilah waktu (yang baik) untuk solat Isyak."

106  
Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0390.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Kalaulah manusia itu tahu keutamaan azan dan saf pertama, tetapi mereka tidak bisa mendapatkannya melainkan dengan jalan diundi, nescaya mahulah mereka diundi. Dan kalaulah mereka tahu keutamaan segera pergi solat, nescaya mereka akan berlumba-lumba ke sana. Dan kalaulah mereka tahu keutamaan solat Isyak dan Subuh berjemaah, nescaya mereka akan mendatanginya, sekalipun mereka akan merangkak. "

107  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0216.
Ishaq bin Musa Al Anshari menceritakan kepada kami, Ma'n menceritakan kepada kami, Malik menceritakan kepada kami, dari Ibnu Syibah dari Sa'id bin Al Musayyab dari Abu Hurairah bahawasanya Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya solat seorang lelaki dalam jemaah itu melebihi atas solatnya sendirian dengan dua puluh lima bahagian.

108  
Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0324.
Dari Anas bin Malik r.a., katanya: "Pada suatu ketika solat telah diqamatkan. Waktu itu Nabi saw. berbicara dengan seorang lelaki dan beliau terus saja bicara dengannya sehingga para sahabat ada yang tertidur. Setelah beberapa lama, barulah Nabi datang mengimami solat berjemaah dengan mereka."

109  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0367.
Berita dari Abdullah bin Umar r.a. mengatakan, bahawa Rasulullah saw. bersabda: "Solat berjemaah lebih utama dari solat sendiri-sendiri dua puluh tujuh darjat."

110  
Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2370.
Dari 'Abdullah r.a. katanya: "Seorang lelaki datang kepada Rasulullah saw. lalu dia berkata, "Ya, Rasulullah! Aku telah berdosa, kerana aku bermesraan dengan seorang perempuan di pinggir kota Madinah. Aku telah berbuat dosa dengannya selain bersenggama. Inilah aku datang, hukumlah aku dengan hukuman apa saja yang hendak Anda jatuhkan. Maka berkata 'Umar (bin Khaththab) kepadanya, "Seandainya engkau menutup rahsia diri mu itu, nescaya Allah tidak akan menghukummu." Kata 'Abdullah, "Nabi saw. tidak membantah sedikit jua pun ucapan 'Umar tersebut." Maka berdirilah lelaki itu kemudian dia pergi. Kemudian Nabi saw. menyuruh seseorang menyusul dan memanggilnya kembali. Lalu beliau bacakan kepadanya ayat ini: "Dan dirikanlah solat pada kedua tengah siang (pagi dan petang) dan pada bahagian pemulaan daripada malam. Sesungguhnya segala perbuatan yang baik menghapuskan (dosa) segala perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat." (Hud, 114). Maka bertanya seorang anggota jemaah yang hadir. "Ya, Nabiyallah! Apakah ayat itu ditujukan khusus bagi dia saja?" Jawab Nabi saw., "Bahkan untuk seluruh umat manusia!"